Friday 27 February 2009

REPORT MATCH Program


Penonton dan peminat bola sepak akan berpeluang untuk mengetahui perkembangan terkini kelab bola sepak DPMM FC menerusi program Brunei DPMM FC Report Match setiap kali perlawanan kelab berkenaan beraksi di Stadium Negara Hassanal Bolkiah.
Program berharga $4.00 senaskah itu juga diselitkan gambar-gambar dan coretan-coretan menarik untuk tatapan semua.

Match Summary

Brunei DPMM substitute Abu Bakar Mahari helped his side earn their maiden point in injury time when he took advantage of the generosity by the Young Lions defence to slot home.
Before, Khairul Nizam celebrated his debut S.League with a goal in 43minute but it was not enough as Young Lions were held to a 1-1 draw with newcomers Brunei DPMM FC at the stroke of full time in Jalan Besar.

Final Score
Young Lions 1 - Khairul Nizam 44'
DPMM FC 1 - Abu Makar Mahari 90'

Line-ups

YOUNG LIONS
1 Hyrulnizan Juma'at (GK), 4 Isa Halim (C), 7 Gabriel Quak Jun Yi, 9 Faritz Abdul Hameed, 10 Irwan Shah, 16 Shahir Hamzah, 19 Goh Swee Swee (27 Eugene Luo 54'), 20 Obadin Aikhena, 23 Arif Aiman (8 Hafiz Abu Sujad 65'), 25 Fadhil Noh (6 Hamqaamal Shah 81'), 26 Khairul Nizam

BRUNEI DPMM FC
25 Wardun Yussof (GK), 2 Yusof Salleh, 3 Sairol Sahari (20 Helmi Zambin 32'), 5 Rene Komar, 6 Pg Sallehuddin Damit (C), 7 Azwan Salleh, 8 Oh Ddog Yi, 11 Haji Subhi Abdilah (9 Hardi Bujang 64'), 12 Ivan Jerkovic13 Rosmin Kamis (17 Abu Makar Mahari 75'), 22 Shahrazen Said.

Yellow Cards
Young Lions: Shahir Hamzah 18', Isa Halim 57'
DPMM FC: Sairol Sahari 29', Rene Komar 85', Hardi Bujang 86'

Brunei DPMM FC ikat Young Lion 1-1

Tahniah,
Brunei DPMM FC berjaya mengikat pasukan Young Lions 1-1 di Stadium Jalan Besar, Repulik Singapura.
Sekalipun ketinggalan 0-1 hasil jaringan Khairul Nizam diminit ke 44, Brunei DPMM FC berjaya menyamakan kedudukan menerusi penyerang muda, Abu Bakar diminit ke 90.

Wednesday 25 February 2009

sumbangan Ilham


(Gambar fail dipetik 10 Feb 2007)

Ilham bukan lagi nama baru dalam Kelab DPMM FC. Beliau mempunyai peranan besar dalam pembangunan kelab. Saya amat berbangga dengan sumbangan yang diberikan kepada kelab selaku penolong jurulatih. Beliau berwatak dan misi yang sama sekalipun sudah mencapai ilmu yang tinggi.

Tuesday 24 February 2009

Menjelang pertemuan Young Lion




KETUA jurulatih DPMM FC, Vjeran Simunic yakin motivasi tinggi bakal menjadi senjata ampuh buat anak buahnya membentuk satu pasukan mantap bagi membuka tirai persaingan Liga S ketika menjadi pasukan pelawat kepada pasukan Young Lions pada jumaat ini.
“Sekalipun setakat ini tenaga import belum memenuhi kesemua empat kouta namun saya cukup yakin prestasi yang mengalakkan dimiliki pemain-pemain tempatan mampu memberi cabaran kepada pasukan lawat yang majoritinya pemain U23 kebangsaan Singapura”,jelasnya ketika ditemui pada sesi latihan di Stadium Mini Jerudong, petang tadi.
Namun beliau mengakui persaingan sulung nanti merupakan ujian getir buat anak buahnya dikala mereka baru melangkah suasana persaingan liga terbaru kerana senario perlawanan juga pasti berbeza dari apa yang pemain alami pada persaingan Liga Super Malaysia yang lalu.
Beliau mengakui Liga S yang juga diantara liga 10 terbaik Asia merupakan medan persaingan bola sepak yang mencabar ketahanan semua pasukan di mana mereka akan bersaing sebanyak 33 perlawanan keseluruhannya.
“Perjalanan liga sangat jauh. Oleh itu, kita tidak berburu-buru meletakkan impian tinggi tetapi yang penting kita perlu meredah segala persaingan dengan semangat juang yang tinggi di samping kemantapan pasukan”,ujarnya.
Katanya, penekanan kepada tahap mental yang konsistan sangat penting dibentuk kepada setiap pemain agar mereka berupaya membawa misi dengan jayanya.
Menyentuh perlawanan pembuka tirai menentang pasukan Young Lion, Simunic berkata pasukan muda itu memiliki kepantasan pemain disamping kombinasi pemain import yang baik.
Pasukan dibawah didikan ketua jurulatih, Thambiah Pathmanatham telah membuka tirai dengan seri tanpa jaringan dengan pasukan Super Reed.
Skuad Young Lion menyadarkan kelebihan Fadhil Noh, Goh Swee Swee, K Sivaseshan dan Fairoz Hasan selaku tongak depan di samping kekentalan Obadin Aikhena dari Nigeria dibahagian pertahanan.
“Saya telah menyaksikan persembahan sulung mereka minggu lalu. Kita akan meremuskan satu strategi untuk mengekang kepantasan barisan depan lawan di samping merencana untuk membolosi gawang mereka”,jelas Simunic.





Saturday 21 February 2009

Misi baru Shahrazen

Melangkah ke persaingan S League..satu lagi misi dan tekad baru buat penyerang muda DPMM FC, Mohd. Shahrazen. Beliau yang pernah menjulang nama selaku penjaring terbanyak Liga Super Malaysia pastinya menyimpan hajat yang sama di kancah Liga primier Republik Singapura ini.. Tiada mustahil dalam bola sepak..tanamkan keyakinan tinggi pasti berjaya.

*Your Pondok Frenz Cafe nyaman lah...

TALENTED Players on stage


Congrates to DPMM FC players...nice and amazing performances during DPMM FC Annual Gala 2009...
*hehehe lapas jua stress selepas berlatih memanjangkan..

Monday 16 February 2009

Perlawanan Bola Sepak Amal - DPMM FC menang 2-0 ke atas FFBD XI



Tahniah untuk pasukan DPMM FC dan FFBD XI



13Feb. – Perlawanan Bola Sepak Amal anjuran FFBD mendapat sambutan diluar dugaan dengan kejayaan mengutip lebih $100 ribu dari sumbangan 23 buah syarikat termasuk kutipan tiket penonton.
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pegiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan berangkat menyaksikan perlawanan. Terdahulu Duli Yang Teramat Mulia disembah kenalkan kepada semua pemain dan berkenan pula menerima cek berupa wang tunai berkenaan sebelum perlawanan di mulakan.
Presiden FFBD, Dato Paduka Haji Mohd. Hamid menjunjung kasih di atas keberangkatan sama Duli Yang Teramat Mulia selaku tetamu kehormat Diraja pada perlawanan bola sepak amal berkenaan.
Venue perlawanan, Kompleks Sukan Padang dan Belapan yang penuh sekaligus mencerminkan sokongan moral kepada perlawanan amal ini. Lebih dari itu, ia merupakan perlawanan bola sepak pembuka tirai 2009 anjuran julungkali oleh FFBD sejak ditubuhkan.
Pasukan FFBD XI menyenaraikan pemain-pemain terbaik dari kelab-kelab Perdana 1 Liga Brunei DST Group sementara DPMM FC pula menurunkan pemain-pemain yang bakal menarajui skuad itu ke kancah Liga Singapura (Liga S).
SKuad DPMM FC kendalian skuad Vjeran Simunic memperolehi jaringan sulung menerusi Azwan Salleh diminit ke 30 dan Jason Hayne menambah jaringan diminit ke 67 untuk melengkapi kemenangan 2-0.

FFBD anjur Liga Bola Sepak Kebangsaan U14 dan U16


Timbalan Bendahari FFBD, Mohd. Azman dan Pendaftar FFBD, Haji Mohd. Yunus ketika di temubual

PEMINAT bolasepak dibawah umur 14 dan 16 tahun akan berpeluang menyerlahkan bakat masing-masing pada kejohanan Liga Kebangsaan bagi peringkat umur berkenaan anjuran Persekutuan Bola Sepak Negara Brunei Darussalam (FFBD).
Pengumuman oleh FFBD selaku badan induk persatuan bola sepak kebangsaan itu memberi khabar gembira kepada generasi muda kitani untuk mensasarkan pasukan mereka ke peringkat kebangsaan.
Peringkat U14 dijangka bermula pada 29 Mac dan kejohanan bagi U16 akan bermula pada 26 April depan.
Kejohanan itu nanti akan menampilkan 24 pasukan yang terdiri 12 pasukan kategori U14 dan 12 pasukan lagi bagi U16 itu telah mendapat kerjasama daripada Jabatan Belia dan Sukan di samping sokongan Jabatan Ko Kurikulum.
Bagi pasukan U14 akan mempelawa pemain yang lahir pada atau selepas 1 Januari 1995 sementara kategori Bawah Umur 16 tahun mengadkan penyertaan pemain yang lahir pada atau selepas 1 Januari 1993.
Kesemua borang pertandingan Liga Kebangsaan boleh didapati di Urusetia FFB di B7, Tingkat 1, Bangunan Setia Kenangan Compleks, Kiulap.
Jawatankuasa pertandingan telah memberi keutamaan pembetukan satu pasukan daerah dari seluruh negara dan penyertaan pasukan selebihnya akan diteliti dan diputuskan oleh jawatankuasa pertandingan.

Bola oh Bola

Permainan bola memang enjoy and 'behantu'..majoriti bruneian semua peringkat usia memang 'karak' bermain bola. Bola sepak, bola lesut, bola 'beredar', bola 'baling'..n banyak lagi - semua ada pemainnya.
Sekalipun ketika ini saya tidak lagi kaki bola, tetapi minat pada sukan ini tetap tidak berpadam. Malah lebih 'karak' merakam aksi permainan bola sepak, 'mengintip' hal-hal pemain dan sama-sama kongsikan ole-ole bola untuk blog bola bola kitani...
Kita enjoy-enjoy tapi mudahan ada menefaatnya untuk kitani semua.