Sunday 31 May 2009

LEAGUE CUP 2009



Kumpulan A
SAF FC
Brunei DPMM FC
Albirex Niigata (S)
--------------------------------------------------
Brunei DPMM FC vs Albirex Niigata (s) - Selasa
Brunei DPMM FC vs SAF FC - Khamis.
-------------------------------------------------
Kumpulan B
Tampines Rovers
Geylang United
Young Lions

Kumpulan C
Super Reds
Gombak United
Balestier Khalsa

Kumpulan D
Home United
Sengkang Punggol
Woodlands Wellington

Saturday 30 May 2009

TERUSKAN PERJUANGAN


#To all my friends...I trust you all

DPMM FC tarik diri dari Liga-S?

Oleh Hasrulraizan (Media Permata)

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat - Kelab Bola Sepak DPMM (DPMM FC) hari ini membuat pengumuman mengejut bahawa pasukan itu mungkin tidak lagi dapat beraksi dalam kejohanan Liga Singapura (Liga-S) berikutan kerumitan melibatkan persatuan bola sepak induk negara ini.
Media Permata ketika membuat liputan persiapan harian skuad merah hitam itu hari ini dikejutkan dengan perkhabaran duka itu.
Pemangku Pengurus DPMM FC, Pengiran Haji Muhd Waslimin dalam kenyataan akhbar ringkas berkata, pasukan berkenaan mungkin tidak boleh terus beraksi dalam liga negara republik itu menjelang penghujung Jun ini.
Ini adalah ekoran kerumitan berhubung bekas Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam (BAFA) yang masih wujud dalam Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sedangkan status Persekutuan Bola Sepak Brunei Darussalam (FFBD) masih lagi belum diiktiraf oleh badan induk dunia itu.
Untuk rekod, FFDB diiktiraf sebagai badan utama bola sepak negara ini oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sementara BAFA sudah dibatalkan pendaftarannya kerana sebab-sebab tertentu.
Pengiran Haji Muhd Waslimin memberitahu media bahawa kelabnya amat sedih dengan perkembangan terbaru ini walaupun pihaknya cukup percaya semua pihak berkaitan sudah memberikan pertimbangan dalam soal berkenaan.
Bagaimanapun katanya, kelab akan cuba merayu kepada pihak berkuasa berkenaan dengan harapan pertimbangan semula diberikan kepada DPMM FC dalam keadaan sekarang terutamanya.
Mewakili DPMM FC, beliau meluahkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua penyokong setia mereka dan penaja di atas kesabaran, sokongan padu dan penuh kepercayaan mereka terhadap DPMM FC yang membolehkan pasukan itu berjaya sehingga kini.
Setelah mengharungi 14 perlawanan dalam Liga-S yang sudah memasuki pusingan kedua, DPMM FC memberikan impak cukup besar dan mengejutkan semua pencabar di gelanggang mereka sendiri apabila menduduki ketiga berbekalkan 26 mata hasil tujuh kemenangan, lima seri dan dua kalah.
DPMM FC sedang giat membuat persiapan bagi pertarungan Piala Liga republik itu menentang Albirex Niigata di Singapura pada 2 Jun ini.

#Yang lurus tu, luruskan kan la yeee...Blog ni pun bakal tutup jua lau nada team lagi hehehehe..

Tuesday 19 May 2009

ACTION IN SIN


Ton..rest next game..ok ka
#for Iru....unpleasent red card.

Sunday 17 May 2009

Saturday 16 May 2009

CORETAN VS YOUNG LIONS


Hati-hati Pengiran jaga-jaga telangkah eeh....


Kawanku were here...


Handball lah.....buta kali refree ahhh


Bagitau refreee...buka mata masa berlari supaya nampak semua ....

#Yang nampak buat nda nampak.. hehehhe

TUMPASKAN YOUNG LIONS 1-0

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 16 Mei. – Jaringan sendiri pemain pertahanan Young Lions memberikan kemenangan kepada pasukan Brunei DPMM FC pada persaingan pembuka tirai pusingan ke dua Liga S.
Kemenangan itu mengekalkan rekod tanpa kalah di gelanggang sendiri skuad Vjeran Simunic sekaligus mengekalkan kedudukan mereka ditangga ke tiga liga.
Tuan rumah yang berjaya menguasai perlawanan sejak awal perlawanan bagaimanapun kurang bernasib baik memperolehi jaringan apabila penjaga gawang lawan, Izwan bertindak lebih cemerlang mengawal gawang dari dibolosi.
Namun, pelawat mula goyah apabila pemain import tinggi lampai, Abdel Hamid Berguiga berjaya merampas bola di udara tetapi tandukannya juga terlalu tinggi sehingga melimpasi palang gol Young Lions.
Serang balas pelawat berjaya hadir diminit ke 21, tetapi Gabriel Quak pula membuat percubaan gopoh sekalipun hanya berdepan dengan penjaga gol Brunei DPMM F, Mohd. Wardun
Cengkaman anak buah Simunic terserlah dengan asakan berselang minit yang bermula dengan tandukan Haji Subhi Abdillah Bakir diminit ke 34 yang terkena palang dan disusuli rembatan kencang Mohd. Shahrazen tetapi berjaya ditempis penjaga gol.
Abdel Hamid juga perlu menyalahkan diri sendiri apabila gerakan solonya yang sudah berjaya memperdayakan pertahanan tetapi rembatannya pula yang kurang bermaya untuk penjaga gol pelawat diminit ke 36.
Kedua pasukan yang gagal menterjemahkan jaringan dibabak pertama berusaha menukar rentak dibabak kedua.
Kemasukan Oh Dgog Yi membantu mempertajamkan lagi serangan tuan rumah. Salleh Yusof yang turut membantu membuat serangan bijak melepaskan rembatan kencang sehingga Shahir Hamzah yang tertekan tersilap dengan tertolak bola kegawang selepas mahu menyelamatkan rembatan kencang itu diminit ke 55.
Perlawanan terus rancak dengan pelawat mula tertekan sehingga pengadil terpaksa memberhentikan beberapa kali perlawanan untuk meleraikan beberapa insiden permainan keras.
Tuan rumah hampir menambah jaringan menerusi tandukan Mohd. Shahrazen tetapi rezeki penyerang itu tidak menyebelahinya apabila sekadar terkena tiang gol sekalipun penjaga golnya sudah terbabas.
Usaha pasukan pelawat yang cuba mencari jaringan penyamaan bagaimanapun terus kecewa selepas benteng pertahanan yang dikemudikan oleh Rene Komar, Yusof Salleh, Pengiran Sallehuddin dan Haji Subhi Abdillah Bakir terus kental untuk mengekalkan kemenangan buah pasukan tuan rumah.

#tahniah untuk semua.....basar suara kwn ku memberi sokongan ahhhh

Friday 15 May 2009

PERSIAPAN HADAPI YOUNG LIONS



Abdel Hamid sudah pandai berbahasa Brunei


Senyum Hardi bermakna.....
Ketawa Pengiran Sallehuddin bakal menjawab persoalan
Rosmin boleh jadi petunjuk sebenar...



BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat. - Ketua jurulatih Brunei DPMM FC, Vjeran Simunic mahu pemain mengembalikan sentuhan kemenangan tetapi berhati-hati ketika melayani pasukan Young Lions untuk mengukuhkan kedudukan terbaik dalam pentas Liga S.
Katanya, semua pemain sudah bersedia dan kini pemain-pemain yang ditangung juga bakal membarisi pemain utama untuk berdepan dengan pasukan U23 kebangsaan Republik Singapura itu.
"Percaturan kita tidak banyak berbeza dan misi kita untuk menang. Kita bakal menyaksikan satu pertemuan yang sengit dan penuh aksi. Penyokong juga berperanan untuk sama-sama menyumbang kemenangan pasukan kita",jelasnya.
#Kawanku...ada gambarnya ni..tatapi lah sebelum ke stadium...boleh cantas la gambarnya..

Sunday 10 May 2009

Home United padam rekod bersih tanpa kalah Brunei DPMM FC

AKHIRNYA rekod bersih tanpa kalah Brunei DPMM FC lebur persaingan penutup pusingan pertama selepas tewas 0-2 oleh pasukan Home United.
Kemenangan pasukan tuan rumah diperolehi sumbangan Norikazu Murakami menerusi jaringan di minit ke 60 dan Kengne Ludovick pula menjadi penjaring kedua diminit ke 63.
Kekalahan itu bagaimanapun tidak memberi kesan kepada kedudukan Brunei DPMM FC yang maseh berada di tangga ke tiga dengan 22 mata. SAF FC dan Gombak FC berkongsi 24 mata tetapi skuad Tentera lega berada dipuncak selepas mendapat kelebihan jaringan.
Skuad Brunei DPMM FC akan meneruskan cabaran menentang Young Lion di Stadium Negara Hassaal pada 16 Mei depan

Tuesday 5 May 2009

KELAB DPMM FC SERTAI PROJEK AMAL


(Foto; GNOL)

YANG Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah, Patron Special Olympic Negara Brunei Darssalam, berkenan menerima pesambah daripada Pemangku Pengurus Kelab DPMM, Pengiran Waslimin sempena bazaar dan jualaan amal anjuran Special Olimpic NBD di Stadium Negara Hassanal Bolkiah.
Kelab DPMM FC merupakan diantara 40 gerai yang menyertai jualan amal berkenaan di mana 10 peratus hasil jualan disumbangkan kepada Special Olymic NBD.
Pengiran Waslimin merasa berbesar hati menyertai aktiviti amal berkenaan sekaligus merupakan peluang kepada orang ramai untuk bertemu secara langsung dengan pemain-pemain kelab DPMM FC dan beramah mesra bersama mereka.
Berangkat sama ialah YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bulqiah

#Berbakti selain dari bola sepak....Menunggu Pg Lobo offer ke Spore plang.

Friday 1 May 2009

ROSMIN menerima anugerah...


(gambr dipetik dari Profbola)

Tahniah untuk Rosmin dan isterinya, Siti Hasrulianah yang baru saja menerima anugerah....cahayamata perempuan yang sungguh cantik yang dinamakan Nur Eryna Adriana.
Semoga mendapat zuriat yang solehah dan beriman, insallah.

#Terima kaseh kerana menambah umat Nabi Muhammad SAW...try again next year...