Wednesday 4 March 2009

KEMENANGAN MUTLAK. DPMM FC menang 2-1 keatas Super Reds

Sebahagian adegan yang 'tidak perlu' disensor





Kesian Yusof Salleh..sudahpun score kana 'kerajakan' lagi tu


Brunei DPMM FC berjaya menundukan pasukan Naib juara Lig S musim lalu, Super Reds 2-1 pada perlawanan menarik di Stadium Negara Hassanal Bolkiah. Pelawat lebih awal memperolehi jaringan menerusi sepakan penalti menerusi rembatan Jeon Byung Euk.

Pelawat bagaimanapun lesu apabila gawang mereka bolos diminit ke 61 menerusi rembatan percuma jarak jauh, Salleh Yusof.

Penyerang muda, Abu Bakar Mahari kembali melakukan sentuhan ajaibnya apabila tiba-tiba menjelma diposisi tepat untuk menolak mudah bola muntah diminit ke 84 untuk menyumbangkan kemenangan sulung di gelanggang sendiri.



ala olimpik...

memang handal ahh..banner tu lawa jua

#Syabas penyokong tempatan..very sporting...jangan lupa hari ahad datang lagi ramai ramai ah...