Monday 16 February 2009

FFBD anjur Liga Bola Sepak Kebangsaan U14 dan U16


Timbalan Bendahari FFBD, Mohd. Azman dan Pendaftar FFBD, Haji Mohd. Yunus ketika di temubual

PEMINAT bolasepak dibawah umur 14 dan 16 tahun akan berpeluang menyerlahkan bakat masing-masing pada kejohanan Liga Kebangsaan bagi peringkat umur berkenaan anjuran Persekutuan Bola Sepak Negara Brunei Darussalam (FFBD).
Pengumuman oleh FFBD selaku badan induk persatuan bola sepak kebangsaan itu memberi khabar gembira kepada generasi muda kitani untuk mensasarkan pasukan mereka ke peringkat kebangsaan.
Peringkat U14 dijangka bermula pada 29 Mac dan kejohanan bagi U16 akan bermula pada 26 April depan.
Kejohanan itu nanti akan menampilkan 24 pasukan yang terdiri 12 pasukan kategori U14 dan 12 pasukan lagi bagi U16 itu telah mendapat kerjasama daripada Jabatan Belia dan Sukan di samping sokongan Jabatan Ko Kurikulum.
Bagi pasukan U14 akan mempelawa pemain yang lahir pada atau selepas 1 Januari 1995 sementara kategori Bawah Umur 16 tahun mengadkan penyertaan pemain yang lahir pada atau selepas 1 Januari 1993.
Kesemua borang pertandingan Liga Kebangsaan boleh didapati di Urusetia FFB di B7, Tingkat 1, Bangunan Setia Kenangan Compleks, Kiulap.
Jawatankuasa pertandingan telah memberi keutamaan pembetukan satu pasukan daerah dari seluruh negara dan penyertaan pasukan selebihnya akan diteliti dan diputuskan oleh jawatankuasa pertandingan.