Tuesday 24 February 2009

Menjelang pertemuan Young Lion




KETUA jurulatih DPMM FC, Vjeran Simunic yakin motivasi tinggi bakal menjadi senjata ampuh buat anak buahnya membentuk satu pasukan mantap bagi membuka tirai persaingan Liga S ketika menjadi pasukan pelawat kepada pasukan Young Lions pada jumaat ini.
“Sekalipun setakat ini tenaga import belum memenuhi kesemua empat kouta namun saya cukup yakin prestasi yang mengalakkan dimiliki pemain-pemain tempatan mampu memberi cabaran kepada pasukan lawat yang majoritinya pemain U23 kebangsaan Singapura”,jelasnya ketika ditemui pada sesi latihan di Stadium Mini Jerudong, petang tadi.
Namun beliau mengakui persaingan sulung nanti merupakan ujian getir buat anak buahnya dikala mereka baru melangkah suasana persaingan liga terbaru kerana senario perlawanan juga pasti berbeza dari apa yang pemain alami pada persaingan Liga Super Malaysia yang lalu.
Beliau mengakui Liga S yang juga diantara liga 10 terbaik Asia merupakan medan persaingan bola sepak yang mencabar ketahanan semua pasukan di mana mereka akan bersaing sebanyak 33 perlawanan keseluruhannya.
“Perjalanan liga sangat jauh. Oleh itu, kita tidak berburu-buru meletakkan impian tinggi tetapi yang penting kita perlu meredah segala persaingan dengan semangat juang yang tinggi di samping kemantapan pasukan”,ujarnya.
Katanya, penekanan kepada tahap mental yang konsistan sangat penting dibentuk kepada setiap pemain agar mereka berupaya membawa misi dengan jayanya.
Menyentuh perlawanan pembuka tirai menentang pasukan Young Lion, Simunic berkata pasukan muda itu memiliki kepantasan pemain disamping kombinasi pemain import yang baik.
Pasukan dibawah didikan ketua jurulatih, Thambiah Pathmanatham telah membuka tirai dengan seri tanpa jaringan dengan pasukan Super Reed.
Skuad Young Lion menyadarkan kelebihan Fadhil Noh, Goh Swee Swee, K Sivaseshan dan Fairoz Hasan selaku tongak depan di samping kekentalan Obadin Aikhena dari Nigeria dibahagian pertahanan.
“Saya telah menyaksikan persembahan sulung mereka minggu lalu. Kita akan meremuskan satu strategi untuk mengekang kepantasan barisan depan lawan di samping merencana untuk membolosi gawang mereka”,jelas Simunic.