Monday 16 February 2009

Perlawanan Bola Sepak Amal - DPMM FC menang 2-0 ke atas FFBD XI



Tahniah untuk pasukan DPMM FC dan FFBD XI



13Feb. – Perlawanan Bola Sepak Amal anjuran FFBD mendapat sambutan diluar dugaan dengan kejayaan mengutip lebih $100 ribu dari sumbangan 23 buah syarikat termasuk kutipan tiket penonton.
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pegiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan berangkat menyaksikan perlawanan. Terdahulu Duli Yang Teramat Mulia disembah kenalkan kepada semua pemain dan berkenan pula menerima cek berupa wang tunai berkenaan sebelum perlawanan di mulakan.
Presiden FFBD, Dato Paduka Haji Mohd. Hamid menjunjung kasih di atas keberangkatan sama Duli Yang Teramat Mulia selaku tetamu kehormat Diraja pada perlawanan bola sepak amal berkenaan.
Venue perlawanan, Kompleks Sukan Padang dan Belapan yang penuh sekaligus mencerminkan sokongan moral kepada perlawanan amal ini. Lebih dari itu, ia merupakan perlawanan bola sepak pembuka tirai 2009 anjuran julungkali oleh FFBD sejak ditubuhkan.
Pasukan FFBD XI menyenaraikan pemain-pemain terbaik dari kelab-kelab Perdana 1 Liga Brunei DST Group sementara DPMM FC pula menurunkan pemain-pemain yang bakal menarajui skuad itu ke kancah Liga Singapura (Liga S).
SKuad DPMM FC kendalian skuad Vjeran Simunic memperolehi jaringan sulung menerusi Azwan Salleh diminit ke 30 dan Jason Hayne menambah jaringan diminit ke 67 untuk melengkapi kemenangan 2-0.