Sunday 10 May 2009

Home United padam rekod bersih tanpa kalah Brunei DPMM FC

AKHIRNYA rekod bersih tanpa kalah Brunei DPMM FC lebur persaingan penutup pusingan pertama selepas tewas 0-2 oleh pasukan Home United.
Kemenangan pasukan tuan rumah diperolehi sumbangan Norikazu Murakami menerusi jaringan di minit ke 60 dan Kengne Ludovick pula menjadi penjaring kedua diminit ke 63.
Kekalahan itu bagaimanapun tidak memberi kesan kepada kedudukan Brunei DPMM FC yang maseh berada di tangga ke tiga dengan 22 mata. SAF FC dan Gombak FC berkongsi 24 mata tetapi skuad Tentera lega berada dipuncak selepas mendapat kelebihan jaringan.
Skuad Brunei DPMM FC akan meneruskan cabaran menentang Young Lion di Stadium Negara Hassaal pada 16 Mei depan