Friday 15 May 2009

PERSIAPAN HADAPI YOUNG LIONS



Abdel Hamid sudah pandai berbahasa Brunei


Senyum Hardi bermakna.....
Ketawa Pengiran Sallehuddin bakal menjawab persoalan
Rosmin boleh jadi petunjuk sebenar...



BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat. - Ketua jurulatih Brunei DPMM FC, Vjeran Simunic mahu pemain mengembalikan sentuhan kemenangan tetapi berhati-hati ketika melayani pasukan Young Lions untuk mengukuhkan kedudukan terbaik dalam pentas Liga S.
Katanya, semua pemain sudah bersedia dan kini pemain-pemain yang ditangung juga bakal membarisi pemain utama untuk berdepan dengan pasukan U23 kebangsaan Republik Singapura itu.
"Percaturan kita tidak banyak berbeza dan misi kita untuk menang. Kita bakal menyaksikan satu pertemuan yang sengit dan penuh aksi. Penyokong juga berperanan untuk sama-sama menyumbang kemenangan pasukan kita",jelasnya.
#Kawanku...ada gambarnya ni..tatapi lah sebelum ke stadium...boleh cantas la gambarnya..