Saturday 16 May 2009

TUMPASKAN YOUNG LIONS 1-0

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 16 Mei. – Jaringan sendiri pemain pertahanan Young Lions memberikan kemenangan kepada pasukan Brunei DPMM FC pada persaingan pembuka tirai pusingan ke dua Liga S.
Kemenangan itu mengekalkan rekod tanpa kalah di gelanggang sendiri skuad Vjeran Simunic sekaligus mengekalkan kedudukan mereka ditangga ke tiga liga.
Tuan rumah yang berjaya menguasai perlawanan sejak awal perlawanan bagaimanapun kurang bernasib baik memperolehi jaringan apabila penjaga gawang lawan, Izwan bertindak lebih cemerlang mengawal gawang dari dibolosi.
Namun, pelawat mula goyah apabila pemain import tinggi lampai, Abdel Hamid Berguiga berjaya merampas bola di udara tetapi tandukannya juga terlalu tinggi sehingga melimpasi palang gol Young Lions.
Serang balas pelawat berjaya hadir diminit ke 21, tetapi Gabriel Quak pula membuat percubaan gopoh sekalipun hanya berdepan dengan penjaga gol Brunei DPMM F, Mohd. Wardun
Cengkaman anak buah Simunic terserlah dengan asakan berselang minit yang bermula dengan tandukan Haji Subhi Abdillah Bakir diminit ke 34 yang terkena palang dan disusuli rembatan kencang Mohd. Shahrazen tetapi berjaya ditempis penjaga gol.
Abdel Hamid juga perlu menyalahkan diri sendiri apabila gerakan solonya yang sudah berjaya memperdayakan pertahanan tetapi rembatannya pula yang kurang bermaya untuk penjaga gol pelawat diminit ke 36.
Kedua pasukan yang gagal menterjemahkan jaringan dibabak pertama berusaha menukar rentak dibabak kedua.
Kemasukan Oh Dgog Yi membantu mempertajamkan lagi serangan tuan rumah. Salleh Yusof yang turut membantu membuat serangan bijak melepaskan rembatan kencang sehingga Shahir Hamzah yang tertekan tersilap dengan tertolak bola kegawang selepas mahu menyelamatkan rembatan kencang itu diminit ke 55.
Perlawanan terus rancak dengan pelawat mula tertekan sehingga pengadil terpaksa memberhentikan beberapa kali perlawanan untuk meleraikan beberapa insiden permainan keras.
Tuan rumah hampir menambah jaringan menerusi tandukan Mohd. Shahrazen tetapi rezeki penyerang itu tidak menyebelahinya apabila sekadar terkena tiang gol sekalipun penjaga golnya sudah terbabas.
Usaha pasukan pelawat yang cuba mencari jaringan penyamaan bagaimanapun terus kecewa selepas benteng pertahanan yang dikemudikan oleh Rene Komar, Yusof Salleh, Pengiran Sallehuddin dan Haji Subhi Abdillah Bakir terus kental untuk mengekalkan kemenangan buah pasukan tuan rumah.

#tahniah untuk semua.....basar suara kwn ku memberi sokongan ahhhh