Tuesday 14 April 2009

Albirex Niigata FC - 2 Brunei DPMM FC - 2

BANDAR SERI BEGAWAN, - Selasa. - Pasukan Brunei DPMM FC kembali menerajui carta teratas Liga S setelah berjaya mengikat pasukan Albirex Niigate FC (S) 2-2 di Stadium Jurung East Singapore, malam ini.
Tuan rumah yang hebat beraksi di gelanggang sendiri memperolehi jaringan tunggal menerusi Kenjia Adachihara diminit ke 10.

Vjeran Simunic yang tersentak dengan jaringan itu pantas memasukkan Abdel Hamed untuk membantu gerakan Mohd. Shahrazen dan Oh Dgog Yi yang ternyata berhasil apabila Shahrazen bijak menyempurnakan peluang terhidang yang bermula dari rembatan kencang pemain tinggi lampai dari Algeria itu untuk mengikat jaringan 1-1.

Selepas terikat 1-1 dibabak pertama, pasukan Albirex Niigata merubah rentak perlawanan dan Kunihiro Honda pula berjaya meletakkan pasukannya di depan menerusi jaringan diminit ke 50.

Perlawanan semakin rancak malah menekankan pertahanan tuan rumah yang dikemudikan oleh Ryuta Hayashi, Shota Matsuoka dan Ryota Kobayashi.

Oh Dgog Yi hampir berjaya menyamakan kedudukan diminit ke 56 tetapi penjaga gol, Matsushita sempat menyelamatkan bola dari mengegar gawang diminit ke 56 dan selang dua minit selepas itu, Abdel Hamed pula hampa ketika tandukannya yang kurang tajam sekalipun menerima hidangan cantik Shairol Shari didepan gol.

Simunic kemudian mempertaruhkan Abu Bakar Mahari untuk membantu mencari jaringan penyamaan. Percaturan itu berbaloi apabila Abdel Hamid bijak menyempurnakan jaringan penyamaan hasil umpanan cantik Ivan Jerkovic diminit ke 66.

Jaringan 2-2 berlanjutan sehingga tempoh perlawanan berakhir sekalipun kedua pasukan lebih banyak mencipta peluang terhidang.

Keputusan itu juga melegakan pengurus pasukan Pengiran Waslimin untuk tidur lena seketika selepas merampas kembali kedudukan teratas Liga S dari pasukan SAFF FC dengan kutipan 19 mata berbanding pencabar terdekan SAFF FC yang memperolehi 18 mata.

#Tahniah all...