Sunday 26 April 2009

DATANG AWAL ELAK KESESAKAN

Perlawanan penting Brunei DPMM FC menentang pasukan SAF FC dijangka akan mendapat perhatian ribuan penyokong tempatan untuk menyaksikannya.
Penolong pengurus pasukan DPMM FC, Mohd. Ali Haji Momin menasihatkan agar penyokong yang berhasrat untuk hadir menyaksikan perlawanan menarik itu supaya datang lebih awal bagi mengelak dari berlakunya kesesakan dipintu masuk Stadium Negara Hassanal Bolkiah.
Beliau berharap orang ramai sentiasa bersabar dan mempatuhi segala arahan pihak petugas bagi mengelak kekecohan dan perkara yang tidak diingini berlaku.
Mohd. Ali juga merayu agar penonton tidak membawa masuk semua barangan tegahan ke dalam Stadium.
Untuk memudahkan penonton membeli makanan dan minuman, ia akan dijual di dalam stadium kerana penonton yang keluar dari stadium tidak akan dibenarkan masuk kembali.

#Kita sama-sama patuhi arahan untuk keselamatan dan keselesaan kitani juakan..