Wednesday 22 April 2009

Majlis Penandatanganan Kontrak Di antara Kelab Bola sepak DPMM dengan Penaja-penaja 2009.




BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 22 April. – Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim, Naib Pengerusi Kelab Bolasepak DPMM berkenan berangkat selaku tetamu kehormat bagi majlis Penandatanganan Kontrak Kelab Bolasepk DPMM dengan Penaja-Penaja bagi tahun 2009 di Riverview Hotel, malam ini.
Di majlis itu, Yang Mulia berkenan menyaksikan majlis penandatangani oleh 7 penaja yang terdiri dari Sri Sentosa Sdn. Bhd.,Maju Motor Sdn. Bhd., Mitsubishi Corporation, DST Communications Sdn. Bhd., Riverview Hotel Sdn. Bhd., Brunei Shell Marketing Co. Sdn. Bhd. dan Sport Partnership (LOTTO) Pte. Ltd.
Kelab Bolasepak DPMM telah diwakili oleh Pemangku Pengurus Kelab, Pengiran Haji Waslimin bin PSJ Pengiran Haji Abd. Momin dan Pegawai Pemasaran, Haji Momin Haji Jaafar.
Majlis bermula dengan penandatangani oleh Sri Sentosa Sendirian Berhad yang diwakili oleh Deputy General Manager, Pengiran Musa bin Pengiran Haji Jaafar bersama Mejar (B) Zaini Haji Md. Salleh, Special Project Manager.
Executive Manager, Chan Key Hung bersama Haji Abdul Rahman Haji Tamit (PR Officer DPMM FC) mewakili Maju Motor Sendirian Berhad dan Mitsubishi Corporation ditandatangani oleh General Manager, Osamu Ito bersama Hajah Rohayati Haji Awang Damit (Junior Officer).
DST Communications Sendirian Berhad telah ditandatangani oleh Radin Sufri RadinBaswani (Head of Group Corporate Communication Regulatory & Legal Policy) dan Pengiran Haji Azahari Pengiran Haji Damit (Corporate Communication Manager).
Sementara itu, Chairman,Ang Swee Chuan dan Ted Teo, Front Office Manager, mewakili Riverview Hotel Sendirian Berhad, Brunei Shell Marketing Co. Sendirian Berhad diwakili oleh Asli Lakim (Head of Commercial) dan Haji Faisal Haji Othman (Business & Develompent Advisor) manakala Sports Parthnership (LOTTO) Pte. Ltd telah ditandatangani oleh Development Manager, Selamat Sahlam dan Haji Zainol Ariffin. (DPMM FC Committee)
Sejurus selepas majlis penandatanganan, Yang Amat Mulia berkenan mengurniakan cenderahati kepada wakil penaja-penaja berkenaan.
Yang Amat Mulia juga berkenan menerima cenderhati dari kelab Bolasepak DPMM yang disembahkan oleh Pemangku Pengurus Kelab berkenaan, Pengiran Haji Md. Waslimin.




#Terima Kasih penaja...