Saturday 25 April 2009

Oh Dgog Yi hanya duduk dibangku penyokong



Pemain import Korea Selatan, Oh Dgog Yi bakal menyaksikan rakan seperjuangannya dari bangku penyokong apabila pasukan Brunei DPMM FC bertemu dengan SAF FC malam ini.
Beliau yang sudah serasi dengan rentak permainan Mohd. Shahrazen terpaksa diketepikan apabila digantung perlawanan selepas mengumpul 4 kad kuning.
Namun, ketiadaan Dgog Yi tidak mengusarkan Vjeran Simunic yang mempuyai pemain gantian yang turut mempunyai kelebihan tersendiri.
Abdel Hamed yang sentiasa menjadi pemain gantian, dilihat akan diturunkan untuk digandingkan bersama Mohd. Shahrazen. Pemain Algeria itu sudah membuktikan sentuhan jaringan ketika bertemu dengan pasukan Albirex Niigata.
Simunic setentunya merancang lebih rapi untuk berdepan dengan pasukan pelawat yang juga hadir dengan reputasi baik mereka.
Kemenangan mutlak malam ini amat penting apabila kedudukan terkini menyaksikan pasukan Brunei DPMM turun di tangga ke 3 apabila pasukan SAF FC dan Gombak United berkongsi 21 mata.
Sama-sama kitani penuhi Stadium Negara Hassanal Bolkiah untuk memberi sokongan dan menyuntik semangat pasukan kitani.

#Kawanku jangan bawa payung ah....kana ambil sekuriti tu karang.