Friday 3 April 2009

Tempines Rovers - 1 Brunei DPMM FC - 1

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat. - Brunei DPMM FC berjaya mengekalkan rekod bersih tanpa kalah apabila berjaya mengikat pasukan Tempines Rovers 1-1 pada perlawanan penuh aksi di Stadium Jalan Besar Singapura, malam ini.
Kejayaan pasukan Brunei DPMM FC membawa pulang satu mata itu juga dapat disaksikan oleh peminat bola sepak tanahair menerusi siaran langsung RTB 2 yang dibawa khas oleh Sri Sentosa Sendiri Berhad.
Tuan rumah lebih rakus menguasai perlawanan tetapi hampa apabila serangan-serangan mereka mudah dipintas pertahanan malah Wardun turut mempamer aksi cemerlang.
Suntikan semangat penyokong Tempines di Stadium Besar tidak cukup memberi kudrat untuk membolosi gawang pelawat malah mereka meratapi kesilapan yang dilakukan Shariff Samat yang tertanduk ke gawang sendiri untuk jaringan percuma kepada pasukan Vjeran Simunic diminit ke 60.
Mujur pemain import, Sutee Sukomkit berjaya menutup kehampaan tuan rumah apabila rembatan percumanya berjaya menewaskan Wardun pada satu sudut yang sukar dijangkau penjaga gol DPMM FC enam minit sebelum perlawanan tamat.

Sebenarnya, Brunei DPMM FC lebih awal mempunyai peluang emas apabila Mohd. Shahrazen menghidangkan hantaran lintang yang tepat kepada Abdel Hamid tetapi tandukan pemain Algeria itu hanya mengegarkan tiang gol dikala penjaga gol, Hassan Sani juga hilang kawalan.
Mohd. Shahrazen juga hampir menyumbang jaringan tetapi bola yang sudah meluru ke gawang Tampines sempat dikuis keluar Sharif Samat.

Anak buah Vorawan Chitavanich yang mempamerkan aksi garang di depan penyokong sendiri bagaimanapun lega mendapat jaringan penyamaan selepas beberapa peluang terhidang mereka berjaya ditepis Wardun dan dihalang Rene Komar.

Pemain pertahanan DPMM FC, Rene Komar pula dianugerahkan Man Of The Match pada perlawanan berkenaan.

#Congrates to you, Rene Komar....dont forget the nasi katok later ok.