Wednesday 1 April 2009

Pertemuan Brunei DPMM FC vs Tempines di siarkan langsung di RTB 2

Penyokong pasukan Brunei DPMM FC akan berpeluang menyaksikan secara langsung perlawanan pasukan kitani menentang pasukan Tempines Rovers di Stadium Jalan Besar menerusi RTB 2 pada hari jumaat bermula 7.30 malam.
Siaran langsung itu ditaja oleh Sri Sentosa Sendirian Berhad. Ini merupakan kali pertama perlawanan siaran langsung ditayangkan. Sebelum ini pertemuan dengan Young Lions telah ditayangkan secara tertunda.
Pengurus pasukan Brunei DPMM FC, Pengiran Waslimin berterima kasih di atas tajaan berkenaan untuk memberikan kesempatan rakyaat di negara ini menyaksikan bagaimana semangat juang pasukan Brunei DPMM FC beraksi di luar gelanggang.

#Terima kasih daun keladi Sri Sentosa..mudahan murah rezeki dapat lagi penyokong kitani melihat perlawanan di gelanggang luar secara langsung..