Friday 10 April 2009

Gombak United - 1 Brunei DPMM FC - 2

BANDAR SERI BEGAWA, Jumaat. –Sentuhan kidal, Shairol Haji Sahari membantu pasukan Brunei DPMM FC mencalarkan rekod tanpa kalah pasukan Gombak United 2-1 di Stadium Jalan Besar Singapura, malam ini.
Jaringan menerusi sepakan percuma diminit ke 3 dan ledakan ulangan sepakan percuma tetapi dilakukan diminit ke 73 memuktamatkan kemenangan multak 2-1 ke atas pasukan Gombak United.
Kemenangan itu menambah kutipan 18 mata memintas kedudukan Gombak United yang memperolehi 17 mata dan memisahkan pasukan SAFF FC yang berada ditangga ke tiga dengan 15 mata.
Perlawanan dramatik itu juga ditontoni ribuan penyokong tempatan menerus siaran langsung di RTB 2 yang ditaja oleh Maju Motor Sendirian Berhad.
Pengurus pasukan Brunei DPMM FC, Pengiran Waslimin melahirkan rasa puas atas persembahan anak buahnya sambil menyifatkan ia merupakan kemenangan penting untuk membuktikan kesungguhan mereka sekalipun baru menyertai ke pentas Liga S.
Sekalipun mengakui kedua pasukan mempunyai peluang sama, Pengiran Waslimin lega pasukannya terus cemerlang.
“Semua pemain berkerja keras. Ketabahan mereka mengimbangi perlawanan dan kesungguhan untuk menghalang asakan pasukan tuan rumah dilihat sebahagian daripada faktor kejayaan mereka”,jelasnya gembira terutama ketika anak buahnya mencalar rekod bersih Gombak United.
Tuan rumah memperolehi jaringan menerusi pemain import Emmanuel Emuejeraye dan Kingsley Njoku diminit ke 29.

#Teruskan kejayaan Brunei DPMM FC..syabas Shairol..