Wednesday 8 April 2009

TAJAAN SIARAN LANGSUNG TERUS MENCURAH

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis. – Sekali lagi kitani berpeluang menyaksikan perlawanan penting pertemuan Brunei DPMM FC menentang pasukan Gombak United FC menerusi siaran langsung di RTB 2, bermula 7.30 malam, jumaat.

Kali ini, Maju Motor Sendirian Berhad dengan besar hati menaja siaran langsung berkenaan.

Pengurus pasukan, Pengiran Waslimin melahirkan rasa terima kasih kepada syarikat berkenaan dalam sama-sama memberikan peluang kepada peminat bolasepak tempatan untuk sama-sama menyaksikan perlawanan Brunei DPMM FC menampilkan persaingan di Stadium Jalan Besar Singapura.

Dari tujuh perlawanan, Brunei DPMM FC mengekalkan rekod tanpa kalah dengan mencipta empat kemenangan, tiga kali seri mengumpul 15 mata bersama dengan pasukan SAFF FC. Gombak United FC kini mengumpul 17 mata selepas memenangni 5 perlawanan dan dua kali seri.

#Terima kasih Maju Motor Sendirian Berhad...lain kali sponsor lagi ahhh